Halaman

Rabu, 16 November 2011

Penerangan Tungku Moden


Produk ini merupakan inovasi terbaru tungku yang satu ketika dahulu bersifat tradisional kini di perbaharui untuk kemudahan anda, ia sangat baik untuk kesihatan anda sekeluarga.

Diperbuat daripada bahan anti-kuman yang mengandungi cecair, tungku moden ini bersih dan mempunyai unsur perubatan yang tersendiri.


Fungsi

1. Mengelakkan artritis.
2. Baik untuk pesakit strok.
3. Mengurangkan sakit servikal vertebra.
4. Mengurangkan sakit kepala, sakit gigi
5. Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan.
6. Melegakan masalah sengugut (period pain)
7. Membantu mengurangkan berat badan.
8. Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang
9. Mengurangkan masalah perut kembung.
10. Melegakan bahagian tulang patah


Ciri-ciri
Cecair merupakan air garam bukit dan gel, mudah di bawa ke mana-mana.
Berat = 1.7kg++ setiap satu

Siapa yang sesuai memakainya?
* orang dewasa 12 tahun dan ke atas.
* wanita yang baru lepas bersalin dan menghadapi senggugut.
* Menghadapi masalah lenguh badan dan angin.
* Juga untuk lelaki sesuai untuk seluruh badan kecuali bahagian kemaluan.

Cara-cara penggunaan:
Caj tungku selama 5 hingga 8 minit dan lampu khas akan terpadam secara automatik. Bantal akan menjadi panas sehingga 70 - 80 darjah celcius dan ia akan bertahan di antara 2 - 3 jam.

Perbezaan antara Tungku Moden Biasa dengan Tungku Moden Magnet
Tungku Moden Magnet mempunyai 8 biji magnet yang kecil-kecil dan ianya lebih panas dari tungku biasa. Magnet ni pula baik untuk peredaran darah

Garam Bukit Rendaman Kaki



1 Unit RM3.50

Cara Menggunakan

Sediakan air suam paras buku lali, masukkan 2 sudu besar garam. Kacau ikut lawan jam dan rendam selama 30 minit. Amalkan 1 minggu sekali.

Kebaikan
  • Melancarkan peredaran darah seluruh tubuh
  • Membantu membuang toksin dari badan
  • Melegakan sakit otot, sakit-sakit sendi, lenguh-lenguh badan dan kekejangan otot kaki
  • Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri / berjalan
  • Membantu merawat tumit yang pecah / merekah


Ahad, 4 September 2011

Bantal sejuk



TAK PERLU DISEJUKKAN DALAM PETI SEJUK. IANYA SEMULAJADI SENSASI SEJUK!!
Produk bantal sejuk ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang membahayakan badan. Fungsi utama bantal sejuk adalah untuk mengurangkan kepanasan badan. Kesibukan harian menyebabkan badan rasa letih, tekanan kerja yang berlebihan menyebabkan sakit kepala, kekurangan tidur, sakit otot boleh dilegakan dengan bantal sejuk ini. Sesuai digunakan dalam keadaan cuaca panas. Sesuai untuk semua orang.

Saiz S = RM14.00

Mudah dibawa ke mana-mana

KEGUNAAN
  Meredakan demam. Berfungsi seperti KoolFever dengan menyerap haba dalam badan
Menyerap kepanasan badan
Membolehkan tidur lebih nyenyak dan nyaman
Mengurangkan sakit kepala, lenguh otot

Khamis, 18 Ogos 2011

Kelambu Moden


1 Unit RM40.00
(Harga tidak termasuk kos penghantaran, bagi kawasan Putrajaya penghantaran adalah percuma)



 1 pintu berzip
• Boleh lipat (rujuk gambar)
• Ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja (muat dalam bonet kereta, walaupun bonet Perodua Kancil)
• 100% nylon dan mudah dibasuh, hanya perlu rendam dalam air sabun
• Bingkai dawai aluminium tahan karat dan fleksibel untuk kemudahan melipat dan menyimpan
• Sesuai untuk katil bersaiz Queen
• Tidak perlu paku, tali, mahupun proses lain yang merumitkan.
• Melipat semudah 1, 2, dan 3.
• Menjimatkan ruang bilik anda (tiada tali silang menyilang)
•  Dapat menjaga keluarga anda dari penyakit berbahaya bawaan vektor seperti demam Malaria dan demam Denggi.

Isnin, 1 Ogos 2011

Gambar Tungku Moden








Tungku Moden Biasa
1pcs RM20.00

Tungku Moden Magnet
1pcs RM23.00
(harga tidak termasuk kos penghantaran ataupun bayaran pos)

Rabu, 18 Mei 2011

Jom Tangani Stres...Amalkan 10 B

Amalkan tips mudah tangani stres serta merta...Amalkan 10B
  1. Bertenang Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.
  2. Bernafas secara dalam Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.
  3. Berkata : Relakslah.... Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.
  4. Beribadat Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.
  5. Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang Perasaan/ masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. berkongsi perasaan/ masalah akan melegakan dan mengurangkan stres dalam diri.
  6. Berurut Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.
  7. Berehat & mendengar muzik Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.
  8. Beriadah Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.
  9. Bersenam Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.
  10. Berfikiran Positif Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.
Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung laju, marah, rasa gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan.

Artikel diperolehi dari infosihat